Friday, 16 September 2011

CHAPTER 1

Dian menguak pintu lokarnya. Dia mengambil buku lukisan pribadinya. Langkahnya dibawa ke kelas 3-1. Kelihatan Lisa yang sedang termenung jauh. Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap.Melihat bunga-bunga yang sedang mekar kembangnya di musim bunga ini. Lantas,dia menghempas bukunya di atas meja Lisa.
"Hoi!Anak daraTan Sri Harzeef termenung jauh nampak. Kau terkenangkan siapa hah?"
Laungan Dian mengembalikannya ke dunia nyata. Terkejut dia dibuatnya.
''woi! kot ye pon kau ni tak reti bagi salam ke apa hah?!''
''ye.ye.ye.. sorry, sorry.. so, what's in your mind?'' Dian mengulangi soalannya.
lantas, Lisa terkenangkan peristiwa tempoh hari. Dia tersenyum sendiri mengenangkan lelaki yang menyelamatkannya dari belenggu 'kegelapan'. Dasar pengecut punya budak. Dah besar panjang pun takt gelap lagi.
'Who's that mystery boy?' hatinya berbicara sendiri.
''wey! aku tanya kau ni! Jawablah! Kau ingat aku ni tunggu kayu ke apa kat sini?!"
Lisa terjaga dari lamunannya lagi.
" Tak. Takde pape. Kau ingat tak masa blackout malam tu?"
Dian hanya mengangguk tanda mengiakan.
"Someone saved me from the 'dark danger'" sambungnya.
berhambur ketawa Dian di situ.
"Hey! stop laughing at me! betul lahh.. and, it's HIM.. not HER.."
Tawa Dian masih tidak berhenti namun dia tetap membalas.
"Sah la kau berangan ni! By the way, who's that UNLUCKY boy?" gurau Dian.
"Hey! How dare you! Entahlah. Nama pun blackout kan. Tapi, yang aku tahu, he has a scar just there at his left arm."

CIKGU Tasya yang masuk ke kelas itu menghentikan perbualan mereka.
"Morning class.. Okey, Sekarang saya mahu kamu semua duduk mengikut kumpulan
yang saya dah tetapkan dan bincangkan latihan ni."
Semua pelajar kelas 3-1 itu pun mula bergerak mengikut kumpulan masing-masing.Lisa dan Dian dalam satu kumpulan yang sama. Mereka mula berbincang dan berhujah dengan pendapat masing-masing.

Mulut Lisa terlopong luas. Dia kaget. Orang yang dibencinya berada di meja hadapannya. Lelaki itu dalam satu kumpulan yang lain tetapi duduk betul-betul bertentangan dengannya. Lisa dapat melihat terus wajah yang sangat dibencinya itu tanpa sebarang halangan. Kebetulan pula tempat duduk di hadapan mereka kosong.

'OMG! Kenapa mesti Ridz yang duduk dekat situ?! Manalah pula si Sharf ni? 
Kalau dia ada kurang-kurang adalah sikit halangan!' hatinya merungut sendiri.
'ah! biarkanlah! Lisa, abaikan je mamat sengal tu! Kau nak belajar kan?! Now, go for it!' getus hatinya lagi.

Mereka mula berbincang sehinggalah tiba giliran Lisa untuk memberi hujahnya. Dia mula memberi penerangan diikuti lenggok dan gerak tangannya. Berbagai-bagai gayanya. Tiba-tiba matanya menengkap sesuatu. Ianya Ridz, Ridz sedang mengajuknya. Lantas, air muka Lisa berubah. Dia memandang tajam ke arah Ridz sebelum menjulirkan lidahnya pada Ridz. Ahli kumpulan Lisa yang perasan akan perbuatan Lisa itu segera memalingkan pandangan ke arah Ridz. Cepat-cepat Ridz mengambil bukunya. Berpura-pura belajar. Berpura-pura tidak tahu apa yang berlaku.
'Ish! Dia ni! Geramnya!' Gerutu hati Lisa. Dirasakan bagai hendak dicincang-cincang si Ridz tu.
Setelah Cikgu Tasya keluar, Lisa segera pergi ke arah Ridz. Pada saat itu, tangannya sudahpun dikepal. Menunggu dihayun sahaja ke pipi putih Ridz itu. Sesampainya Lisa di hadapan meja Ridz, langkahnya dimatikan.
"Hoi! Kau takde kerja lain eh? Mengacau aku je!" tengking Lisa.
"Ermmm.." Kata-kata Ridz terhenti sebentar. Dia memikirkan jawapan yang paling 
'sesuai' buat Lisa sebelum kata-katanya disambung kembali.
"Eh, ada, ada. Pertama, kacau kau. Kedua, perlekeh kau. Ketiga, cari pasal dengan kau." Kata-kata
Ridz itu diiringi tawanya.
"Hish! Gila! Mamat sengal yang gila!" tengking Lisa. Kata-kata Ridz tadi amat menyakitkan hatinya.
"Kau lagi gila! Dah tahu aku gila pergi layan lagi buat apa?" 
"Hish!" jerkah Lisa diiringi hentakan kakinya.
Dia terus berlalu dari situ sebelum tangannya disambar Ridz. Ridzmenarik bahunya. Badan Lisa ditolak ke diniding. Tangan Ridz dilekap pada dinding itu membuatkan pergerakan Lisa terkunci kerana terperangkap antara Ridz dan dinding kelasnya. Mata Lisa membulat. Dia terkejut dengan tindakan Ridz. Berani dia buat begini pada anak dara orang? Sudahlah Tan Sri Harzeef seorang yang sangat berpengaruh di sekolah itu.
"Hey perempuan! Kau ingat satu benda eh, jangan ingat kau anak Tan Sri Harzeef, 
aku tak berani nak kacau kau!" kata Ridz diiringi senyum sinisnya.
Muka Lisa semakin panas. Hatinya meluap-luap. Sememangnya Ridz sudahmelampaui batas kesabarannya. Lantas, kaki Ridz ditendangnya. Ridz segera mengangkat sebelah kakinya. Dia mengerang kesakitan.Terhincut-hincut Ridz dibuatya.
"Kau pun jangan fikir aku perempuan, aku tak berani nak buat macam ni kat kau!" jerkah Lisa sebelum dia berlalu dari situ.



Friday, 2 September 2011

PROLOG

suasana di dalam kelas itu bising. mereka semua sibuk dengan hal masing-masing. ada yang bergosip, tidur, tak kurang juga mereka yang sedang bermain PSP, mendengar lagu, dan pelbagai lagi keletah. di dalam kelas 3-1 Sekolah Tinggi Sylessie, yang terletak di Ediensler itu kelihatan Lisa dan rakan-rakannya.

''gdrr!!'' sekali sekala kedengaran bunyi guruh berdentum dengan kuat. kilat sabung-menyabung. angin sumatera pada bulan april itu telah membawa hujan yang lebat ke situ.

''aaahhh!!'' jeritan pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Sylessie atau lebih dikenali dengan STS. Mereka semua terkejut. kilat yang berterusan dari tadi telah mengganggu bekalan elektrik di STS. Lisa ketakutan. memang dari dulu, gadis itu takutkan gelap. hampir sahaja dia menangis di situ sehinggalah tangannya dirasakan seperti ditarik. kerana terkejut, Lisa merentap semula tangannya.

''hurry! just hold my hand! trust me!''

Lisa hanya dapat menangkap bayangnya. mukanya tak jelas. dia terus mencapai tangan yang dihulur lelaki itu. sebaik sahaja tangan Lisa digenggam erat, dia terus berlari membawa Lisa ke garaj kereta yang berdekatan dengan lampu jalan STS. saat itu, Lisa sudah menangis teresak-esak. dia takutkan kegelapan. dia cuba mengenalpasti lelaki itu tetapi usahanya gagal. wajahnya tidak disimbahi cahaya lampu jalan di situ. apa yang dilihatnya hanyalah parut di tangan kiri lelaki itu. 

''kau tunggu sini! aku nak check punca kuasa'' kata lelaki itu sebelum dia berlalu.

''tapi, tunggu!!'' kata Lisa, tetapi responsnya lambat. saat itu, lelaki itu sudah jauh di hadapan. kata-kata Lisa tidak didengarinya.