''gdrr!!'' sekali sekala kedengaran bunyi guruh berdentum dengan kuat. kilat sabung-menyabung. angin sumatera pada bulan april itu telah membawa hujan yang lebat ke situ.
''aaahhh!!'' jeritan pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Sylessie atau lebih dikenali dengan STS. Mereka semua terkejut. kilat yang berterusan dari tadi telah mengganggu bekalan elektrik di STS. Lisa ketakutan. memang dari dulu, gadis itu takutkan gelap. hampir sahaja dia menangis di situ sehinggalah tangannya dirasakan seperti ditarik. kerana terkejut, Lisa merentap semula tangannya.
''hurry! just hold my hand! trust me!''
Lisa hanya dapat menangkap bayangnya. mukanya tak jelas. dia terus mencapai tangan yang dihulur lelaki itu. sebaik sahaja tangan Lisa digenggam erat, dia terus berlari membawa Lisa ke garaj kereta yang berdekatan dengan lampu jalan STS. saat itu, Lisa sudah menangis teresak-esak. dia takutkan kegelapan. dia cuba mengenalpasti lelaki itu tetapi usahanya gagal. wajahnya tidak disimbahi cahaya lampu jalan di situ. apa yang dilihatnya hanyalah parut di tangan kiri lelaki itu.
''kau tunggu sini! aku nak check punca kuasa'' kata lelaki itu sebelum dia berlalu.
''tapi, tunggu!!'' kata Lisa, tetapi responsnya lambat. saat itu, lelaki itu sudah jauh di hadapan. kata-kata Lisa tidak didengarinya.
No comments:
Post a Comment